HSA Lulus Penggunaan Vaksin Denggi Pertama Dunia Di Singapura

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 4:06 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan vaksin denggi pertama di negara ini berdasarkan risiko dan faedah penggunaannya hasil kajian selama tujuh bulan.

Dalam masa beberapa bulan lagi, vaksin ini akan dijual secara komersial.

Kajian menunjukkan, penggunaan vaksin ini berkesan untuk mengurangkan demam denggi biasa sebanyak 60 peratus, manakala 84 peratus bagi yang kronik.

Namun, di Singapura, ia kurang berkesan terhadap dua jenis denggi tersebut.

Keputusan HSA untuk meluluskan vaksin itu adalah berdasarkan 24 kajian klinikal oleh Sanofi Pasteur, yang merupakan syarikat pengeluaran vaksin.

Vaksin ini akan diberikan kepada mereka yang berada dalam lingkungan 12 hingga 45 tahun.

Kajian menunjukkan, risiko kemasukan ke hospital kerana denggi lebih rendah bagi yang berumur 12 tahun ke atas, manakala, kesan vaksin tidak begitu berkesan kepada penerima berusia 45 tahun ke atas.

HSA berkata, garis panduan bagi umur ini akan sentiasa dikaji apabila mendapat informasi baharu.

Paling penting, vaksin ini berkesan sebanyak 81 peratus bagi mereka yang pernah menghidap demam denggi, berbanding 38 peratus yang tidak pernah mendapat virus itu.

Bagi kanak-kanak yang tidak pernah mengidap demam denggi, risikonya lebih tinggi selepas mendapatkan suntikan.

Dengan itu, HSA menasihatkan kepada sesiapa yang belum terkena jangkitan denggi, perlu mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu atau tidak mendapatkan suntikan vaksin.

Vaksin ini telah dilancarkan pada 2015 dan dalam proses untuk mendapatkan kelulusan dari sembilan buah negara, termasuk Indonesia dan Filipina.

Tags / Kata Kunci: Singapura , HSA , vaksin denggi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan