Video: Air Mata Penyelamat Syria

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Detik-detik hiba seorang anggota penyelamat Syria menitiskan air mata selepas menyelamatkan seorang bayi perempuan dari celah runtuhan bangunan akibat serangan udara di Idlib, baru-baru ini ternyata menyentuh perasaan.

Rakaman selama 48 saat itu menunjukkan anggota sukarelawan White Helmets, Abu Kifah berlari ke arah ambulans sambil memeluk erat bayi berusia 30 hari itu selepas menggali selama tiga hingga empat jam untuk menyelamatkan mangsa.

Sebaik-baik menaiki ambulans, Abu Kifah terus memeluk bayi itu yang diselaputi debu dan darah di bahagian kepala, dan  tidak henti-henti menitiskan air mata sambil meluahkan rasa bersyukur kanak-kanak berkenaan masih bernyawa.

Difahamkan bayi berkenaan dan keluarganya antara ribuan penduduk yang terselamat dalam serangan terbabit.

Serangan udara oleh tentera rejim di wilayah itu menyaksikan sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh termasuk tujuh kanak-kanak.


Tags / Kata Kunci: Syria , Idlib , White Helmets

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan