Polis Jakarta Siasat Kes Papan Iklan Lucah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pihak polis sedang menjalankan siasatan forensik mengenai tayangan filem pornografi menerusi papan iklan elektronik gergasi di kota Jakarta pada Jumaat.

Portal berita tempatan yang memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kekerasan Polis Daerah Metro Jaya, Hendy Kurniawan sebagai berkata pihaknya telah menyita dan mengambil beberapa peralatan komputer milik syarikat pengiklanan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan.

Beliau berkata pihak polis juga telah membuat pemeriksaan menyeluruh di pejabat syarikat berkenaan dan beberapa petugasnya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.

Orang ramai dan pengguna jalan raya menjadi kecoh apabila melihat sebuah papan iklan elektronik sebesar 24 meter persegi di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah.

Seorang penjual soto ditepi jalan di situ yang dikenali sebagai Domang kemudiannya mengambil tindakan berani dengan memotong wayar elektrik di papan iklan berkenaan setelah filem itu ditayangkan kira-kira 20 minit.

Dia yang membuka gerai di belakang papan iklan berkenaan berkata setelah mengetahui papan iklan itu menayangkan filem lucah, dia lalu mencari suis elektrik papan iklan itu dan menutupnya.

Sementara itu wakil syarikat papan iklan tersebut dilapor sebagai berkata pihaknya kesal dengan insiden itu dan menyerahkan kes kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Katanya syarikatnya percaya ia merupakan jenayah siber dan kemungkinan jaringan Internet syarikat itu telah diceroboh serta menafikan ia merupakan  perbuatan petugas syarikat berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Papan Iklan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan