Calon Pilihan Raya Acheh Jalani Ujian Mengaji Al-Quran - Berita Dunia | mStar

Calon Pilihan Raya Acheh Jalani Ujian Mengaji Al-Quran

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2016 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ujian mengaji al-Quran adalah antara syarat untuk calon yang bertanding dalam pilihan raya di Acheh.

Sehubungan itu, enam calon Gabenor dan Timbalan Gabenor wilayah Aceh telah melaluinya pada Khamis bagi membolehkan layak bersaing tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (KIP) Aceh, Hadi Ridwan berkata, ujian tersebut merupakan salah satu syarat wajib bagi semua calon yang bertanding dalam pilihan raya di wilayah  tersebut.

"Syarat mengaji al-Quran hanya diaplikasikan di Aceh dan bagi calon yang tidak boleh membaca al-Quran, pencalonan mereka gagal," katanya.

Tambahnya, semua calon gabenor perlu menyumbang kepada mewujudkan suasana yang aman untuk pilihan raya di Aceh.

Jakarta Post melaporkan, difahamkan, KIP bukan sahaja menilai calon dari segi keupayaan mereka untuk membaca ayat al-Quran tetapi juga bagaimana bakal pemimpin tempatan akan melaksanakan nilai kepimpinan seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

Antara calon mengambil bahagian dalam ujian yang diadakan di Masjid Baiturrahman termasuk Zaini Abdullah, Nasaruddin, Abdullah Puteh dan Sayed Mustafa.

Tags / Kata Kunci: al-Quran , Acheh , Gabenor , KIP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan