Dua Beradik Cabar Taufan Megi - Berita Dunia | mStar

Dua Beradik Cabar Taufan Megi

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2016 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Taufan Megi yang membadai Taiwan pada dua hari lalu meragut empat nyawa dan menyebabkan lebih 600 orang cedera selain memaksa berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan ke tempat selamat.

Tetapi bencana itu tidak menghalang dua beradik lelaki dari Lithunia untuk menghasilkan video lucu yang menunjukkan aksi berani mereka berdepan dengan taufan tersebut.

Menerusi video yang bertajuk "Perkara yang anda boleh lakukan ketika dilanda Taufan Megi, Aivaras dan Marius Lukosius cuba melakukan perkara asas seperti membaca surat khabar, minum kopi dan menyalakan api rokok.

Malah mereka memberanikan diri untuk melakukan kesemua aksi itu secara terbuka di tengah jalan raya ketika angin taufan bertiup kencang selaju 133 kilometer sejam.

Ternyata usaha mereka itu gagal, tetapi menganggap pengalaman itu sebagai melucukan apabila memuatnaik video berkenaan dalam laman sosial Instagram dan YouTube.

Bencana terbabit menyebabkan kemusnahan lebih AS$10 juta (RM40 juta) dan hampir empat juta rumah terputus berkalan elektrik.

Tags / Kata Kunci: Taufan Megi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan