Guna Pensyarah Cantik Ubah Persepsi Masyarakat

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 6:07 PM

Liu Hongdou mengajar dalam bidang nyanyian di Universiti Normal Sichuan. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sebuah universiti di China memiliki cara yang unik untuk menggalakkan pelajarnya belajar bersungguh-sungguh dan menghadiri kelas tambahan dengan mempromosikan kejelitaan yang dimiliki oleh pensyarah wanita di institusi pengajian itu.

Kaedah Univesiti Normal Sichuan menjadi topik hangat dalam laman sosial di China apabila gambar 16 pensyarah yang memiliki perwatakan menarik itu disiarkan dalam laman web pada 19 September lalu.

Pensyarah berkenaan yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk menyanyi, menarik, reka bentuk artistik, teater dan berbahasa Inggeris, dipilih untuk bergaya dengan harapan dapat mengubah persepsi masyarakat Cina yang menganggap golongan tenaga pengajar kebiasaannya tua dan garang.

Huang Leiping merupakan pensyarah kelas menari dan pernah menerima banyak anugerah sepanjang kariernya. - AGENSI

Staf jabatan publisiti media sosial universiti itu yang dikenali sebagai Xu, berkata, guru berkenaan dipilih berdasarkan penampilan fizikal, pencapaian akademik dan populariti.

"Memandangkan kami merupakan kolej guru, pelajar di sini akan menceburi kerjaya yang sama pada masa depan.

"Kami mahu kumpulan pensyarah ini menjadi contoh kepada mereka untuk berjaya.

"Ramai pelajar menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran dan ada yang sanggup menghadiri kelas tambahan semata-mata mahu menatap wajah cantik guru tersebut," katanya.

Chen Shan merupakan profesor bersekutu yang mengajar bidang seni tradisional Cina. - AGENSI

Walaupun ramai pihak memuji cara universiti itu, tetapi ada juga yang mengkritik pusat pengajian tersebut yang terlalu bergantung sepenuhnya kepada rupa paras pensyarah wanita terbabit.
"Tiada gunanya kalau mempunyai paras rupa sahaja. Kunci utama adalah kesungguhan dan cara mereka mengajar pelajar ini," kata seorang komentar.
Tags / Kata Kunci: Pensyarah Cantik

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan