Ibu Susu Anak Ketika Memandu Disaman

Diterbitkan: Selasa, 27 September 2016 2:04 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang wanita di China bukan sahaja tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu, tetapi turut menyusukan bayinya semasa ditahan anggota polis, baru-baru ini.

Portal People's Daily Online melaporkan, kejadian itu berlaku di Chongqing pada 22 September lalu apabila wanita yang tidak dinamakan tersebut mengaku dia terpaksa berbuat demikian kerana bayinya menangis.

Malah katanya, dia menyusukan anaknya ketika terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas.

Bagaimanapun, polis enggan menerima alasan itu sebaliknya mengeluarkan saman kerana membahayakan nyawa dia dengan anaknya dengan berbuat demikian.

Wanita terbabit disaman sebanyak 200 yuan (RM123) atas kesalahan melanggar peraturan jalan raya.

Aksinya melakukan kesalahan tersebut turut dirakamkan oleh anggota polis terbabit.

Video selama 51 saat itu yang dikongsi dalam laman sosial Facebook turut menjadi perbualan hangat sesama pengguna.

Seorang pengguna dikenali sebagai Choo Choo berkata, wanita itu perlu menghentikan kereta untuk menyusukan anaknya.

Namun ada pihak cuba membela nasib wanita itu apabila seorang lagi pengguna Facebook, Richard Tan berkata, polis sepatutnya membantu wanita berkenaan, bukannya mengeluarkan saman.

"Itulah masalah yang dihadapi ibu yang bekerja," kata seorang lagi pengguna bernama Farhat Bashir.

Tags / Kata Kunci: Saman , Susu Anak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan