China Mulakan Misi Buru Makhluk Asing - Berita Dunia | mStar

China Mulakan Misi Buru Makhluk Asing

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 5:50 PM

FAST dibina dengan kos RM560 juta sejak 2011 dengan misi mencari makhluk asing dan kajian bidang astronomi. - AGENSI

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Misi China untuk mencari makhluk asing akan bermula pada minggu ini sebaik-baik sahaja teleskop radio terbesar di dunia beroperasi sepenuhnya.

Teleskop Radio Apertur Sfera 500M (FAST) dibina dengan kos 140 juta pound (RM560 juta), terletak di antara kawasan pergunungan di wilayah Guizhou.

FAST mengatasi saiz teleskop di Pusat Pemantauan Arecibo di Puerto Rico dengan kadar sensitiviti dua kali ganda dan memilik pemantul seluas 30 buah padang bola.

Kerajaan China akan menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari tanda-tanda hidupan di luar bumi selain memantau pulsar jarak jauh iaitu neutron bintang yang dipercayai ada kaitan dengan letupan supernova.

Menurut Pengarah Pusat Pemantauan Astonomi Kebangsaan (NAO), Yan Jun, teleskop itu menunjukkan tahap keupayaan bidang astronomi China yang bertaraf dunia.

Yan Jun berkata, berdasarkan ujian yang dilakukan sebelum pelancaran, pihaknya mengesan gelombang elektromagnetik yang tercetus oleh pulsar dengan jarak lebih 1,300 tahun cahaya.

Saintis China sebelum ini menghabiskan masa selama enam dekad untuk memburu makhluk asing dan harapan tersebut diletakkan pada teleskop FAST.

Bulan lalu, satu isyarat kuat dikesan oleh teleskop milik Rusia yang digunakan untuk mengesan isyarat asing, sekali gus mencetuskan minat dalam kalangan saintis untuk mengkajinya.

Pembinaan FAST bermula sejak 2011 dan kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan kawasan lima kilometer dari teleskop itu dipindahkan bagi mewujudkan persekitaran yang senyap untuk pemantauan.

Malah alat telekomunikasi termasuk telefon perlu dipadamkan apabila memasuki kawasan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Teleskop , China , Makhluk Asing
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan