Tiga Maut, Tiga Lagi Termasuk Bekas Menteri Hilang Dalam Nahas Jalan Raya Di Nepal

Diterbitkan: Isnin, 26 September 2016 8:12 AM

foto: Shiva Khanal

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Tiga maut dan tiga lagi termasuk bekas menteri dalam negeri dan menteri luar Madhav Ghimire dilaporkan hilang apabila kenderaan SUV yang mereka naiki terjunam 200 meter ke bawah dan tenggelam dalam sungai yang melimpah di Chitwan, pada malam Ahad.

Insiden itu berlaku kira-kira 100 meter ke barat Kathmandu, kata para pegawai.

Ketua pentadbir Chitwan Binod Prakash Singh berkata mereka dalam perjalanan ke Kathmandu apabila kenderaan Scorpio SUV terjunam ke dalam Sungai Trisuli menyebabkan tiga maut.

Beliau berkata tiga orang lagi termasuk Ghimire hilang sementara pemandu kenderaan SUV itu berjaya diselamatkan.

Tujuh orang menaiki jep tersebut, kata superintenden polis Basant Kuwar.

Jep itu tenggelam dalam sungai dan harapan untuk menemui mangsa yang terselamat adalah tipis, kata Singh.

"Bagaimanapun, usaha mencari sedang dijalankan dengan harapan ketiga-tiga mangsa mungkin terselamat", kata beliau.

Menurut Singh, Ghimire memandu jep tersebut dan meminta pemandunya duduk di sebelahnya ketika insiden itu berlaku.

Ghimire pernah berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dan menteri luar pada 2013.

Tags / Kata Kunci: Kathmandu , Madhav Ghimire , nahas jalan raya

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan