Pesawat Terlajak Di Landasan, Semua Penumpang Selamat

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 8:52 AM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Sebuah pesawat Yeti Airlines terlajak dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Bhairahawa, kira-kira 450km Barat Kathmandu, petang Sabtu.

Menurut Ketua Pentadbir lapangan terbang itu, Bishnu Prasad Dhakal, kesemua penumpang di dalam kapal terbang itu selamat tetapi ada yang cedera ringan.

Yeti Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan swasta yang beroperasi di beberapa sektor domestik di Nepal.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan mengesahkan kesemua 29 penumpang dan tiga anak kapal di dalam penerbangan NYT893 selamat.

"Sebaik saja mendengar insiden itu, juruteknik dikejarkan ke Bhairahawa untuk menyelenggara pesawat itu," kata kenyataan berkenaan.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu yang merupakan penerbangan biasa ke Bhairahawa pada petang Sabtu.

"Ia terlajak daripada landasan dan termasuk ke dalam kawasan berumput semasa mendarat," katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Yeti Airlines

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan