Lelaki Dipatuk Ular Sawa Ketika Selfie

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 2:58 PM

(Ubah saiz teks)

RAJASTHAN: Seorang lelaki yang sedang merakam gambar selfie bersama rakannya dan ular sawa yang ditangkap pihak berkuasa ditimpa malang apabila tiba-tiba dipatuk reptilia berkenaan.

Kejadian itu berlaku di daerah Sirohi yang terletak di barat laut negeri ini pada Jumaat.

Ketika kejadian, sekumpulan lelaki bergambar bersama ular sawa yang ditangkap selepas dikesan memasuki kawasan sekolah.

Sebaik lelaki itu menekan butang selfie kameranya, ular sawa itu telah mematuknya.

Keadaan yang mengejutkan ramai itu menyebabkan reptilia itu segera dibawa pegawai jabatan perhutanan. -- Reuters

Tags / Kata Kunci: ular sawa , selfie

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan