Insiden Tembakan Di Washington, 4 Maut

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 12:24 PM

Anggota pihak berkuasa berkumpul di depan pusat beli-belah Cascade Mall di Burlington ekoran insiden tembakan yang mengorbankan empat nyawa pada 23 September 2016. - The Seattle Times

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pihak berkuasa di Washington melaporkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan tembakan di sebuah pusat beli-belah pada lewat Jumaat.

Pasukan Peronda Negeri dalam kenyataannya berkata, serangan itu berlaku di Cascade Mall dekat Burlington kira-kira 105 kilometer di utara Seatle.

Kenyataan itu menjelaskan, pihak polis kini giat memburu seorang lelaki memakai baju kelabu yang kali terakhir dilihat melarikan diri ke arah lebuh raya dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada lebih daripada seorang suspek terlibat dalam serangan itu.

Motif kejadian masih belum dapat dipastikan. - AFP

Tags / Kata Kunci: Washington , Tembakan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan