Zika: Singapura Teliti Usul Program Pantau Bayi

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura sedang menimbang rancangan menubuhkan sebuah program pengawasan kebangsaan untuk memantau perkembangan bayi yang dilahirkan wanita hamil yang dijangkiti Zika, lapor Channel NewsAsia.

Kementerian itu memantau dengan teliti wanita hamil yang disahkan dijangkiti virus Zika, kata laporan itu pada lewat Jumaat.

Menurut kementerian, sejumlah 16 wanita hamil disahkan dijangkiti virus Zika di Singapura, hampir sebulan sejak kes jangkitan tempatan Zika yang pertama dikesan pihak berkuasa.

Para doktor yang merawat wanita hamil itu sentiasa membuat susulan dengan mereka untuk menyediakan kaunseling dan sokongan, kata laporan itu.

Menurut Channel NewsAsia, keputusan awal daripada kajian di Brazil mengaitkan jangkitan Zika pada wanita hamil dengan masalah mikrosefali pada bayi mereka - kecacatan pada bayi baru lahir yang menyebabkan saiz kepala lebih kecil daripada normal yang boleh membawa kepada masalah perkembangan serius.

Mikrosefali telah dikesan oleh pendaftar kecacatan lahir nasional Singapura sejak Januari 1993, katanya.

Laporan itu menyebut antara 2011 dan 2014, jumlah kes mikrosefali yang didaftarkan setiap tahun dengan pendaftar di Singapura adalah antara lima ke 12 kes bagi setiap 10,000 kelahiran di Singapura.

Tiada sebarang kes mikrosefali yang dikaitkan dengan jangkitan virus Zika dilaporkan di Singapura setakat ini, katanya.

Memetik data di laman web Agensi Alam Sekitar Kebangsaan, laporan itu berkata sehingga Jumaat lepas, terdapat 387 kes disahkan Zika di Singapura.

Kementerian Kesihatan mengesahkan sebanyak 658 ujian Zika dilakukan antara 7 dan 17 September, dan daripada jumlah itu 197 ujian adalah untuk wanita hamil atau individu memiliki gejala virus itu dan perlu menjalani ujian tersebut, katanya.

Tags / Kata Kunci: Zika , Singapura

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan