Nyaris Maut Muka Ditusuk Pisau

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 1:12 PM

(Ubah saiz teks)

BOGOTA: Seorang lelaki di Colombia dianggap bertuah kerana masih hidup walaupun ditikam dengan pisau yang besar di bahagian mukanya.

Jika dilihatkan pada rakaman X-ray tusukan pisau tersebut pada muka lelaki itu yang dikenali sebagai Alberto Palacio Vizcaino, dia mungkin tidak mempunyai harapan untuk hidup, apatah lagi pisau itu ditikam di bahagian tepi matanya.

Namun doktor bukan sahaja berjaya menyelamatkan Palacio daripada maut, tetapi mengelakkan mata lelaki berusia 20 itu buta.


Menurut laporan portal tempatan Colombia, Palacio ditikam oleh kekasih adik perempuannya di rumah mereka dekat pekan Soledad pada 16 September lalu.

Jelas laporan berkenaan, penyerang terbabit, Daniel Del Valee Serrano, 22, menikam pisau itu di bahagian kiri mata mangsa sebelum melarikan diri.

Palacio kemudiannya dikejarkan ke hospital dan terpaksa menunggu selama 18 jam dengan pisau itu masih melekat pada mukannya sebelum doktor mengeluarkan senjata tersebut.

Menurut Palacio, pisau itu tertusuk sedalam lapan sentimeter di bahagian mata selain melukakan sedikit bahagian otaknya.

"Saya cuba mengeluarkan sendiri pisau itu tetapi tidak berjaya kerana ia tertusuk terlalu dalam," katanya.


Palacio berterima kasih kepada pakar bedah Alberto Dau Acosta yang mengetuai pembedahan apabila menyelamatkan tahap penglihatan pesakit itu sebanyak 90 peratus selain mengelakkan berlaku kerosakan pada otak.

Laporan berhubung kejadian itu telah dibuat pada pihak polis, namun penyerang Palacio masih belun ditangkap.

Tags / Kata Kunci: Tikam , Pisau

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan