Video: Budak Jatuh Perigi Sedalam 10 Meter

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang budak lelaki di China mengalami detik-detik trauma apabila terjatuh ke dalam perigi kecil sedalam hampir 10 meter, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Chinanews.com, kejadian berkenaan berlaku di Xihua dekat wilayah Henan pada 22 September lalu apabila budak lelaki berusia lima tahun itu terperosok ke dalam lubang tersebut dengan tidak sengaja.

Budak itu bernasib baik kerana ada penduduk kampung menyedari kejadian tersebut dan sepasukan bomba dikerah tidak lama kemudian untuk menyelamatkan mangsa.

Operasi menyelamat itu sempat dirakamkan yang menunjukkan aksi seorang anggota bomba yang diikat dengan tali pada bahagian badan diturunkan memasuki telaga itu secara terbalik.

Anggota bomba itu mendapati kanak-kanak berkenaan berada di dasar perigi dalam ketakutan sebelum dibawa naik ke permukaan.

Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak tersebut memandangkan ruang perigi yang terlalu kecil.

Namun budak itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius ekoran kejadian tersebut.

Tags / Kata Kunci: Jatuh Perigi , China

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan