Tentera Syria Gempur Aleppo, 90 Terbunuh

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 10:53 AM

Penduduk Syria mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak dari celahan runtuhan bangunan yang musnah akibat bedilan jet pejuang Syria di kawasan penempatan al-Marja, utara Aleppo pada 23 September 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

DAMSYIK: Jet tempur Syria melancarkan lebih 150 serangan udara di utara Aleppo dalam tempoh 24 jam sejak Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh.

Serangan besar-besaran itu merupakan usaha tentera kerajaan untuk menawan semulan bandar berkenaan yang dikuasai kumpulan penentang , tetapi Al Jazeera melaporkan kebanyakan bangunan yang musnah merupakan infrastruktur perkhidmatan kecemasan serta perlindungan bawah tanah yang digunakan orang awam untuk berlindung.

Jelas laporan itu, kira-kira 30 kawasan penempatan menjadi sasaran dan pengeboman berterusan itu menjejaskan usaha pasukan penyelamat memberi bantuan kepada orang awam yang terperangkap dalam pertempuran.

Tiga pusat kumpulan sukarelawan turut dibedil dan dua daripadanya musnah sepenuhnya selain lima kenderaan milik anggota penyelamat termasuk sebuah ambulans turut menjadi mangsa.

Serangan dahsyat itu berterusan sepanjang malam sehingga pagi Sabtu dan penduduk tempatan dapat merasakan gegaran yang kuat pada setiap masa.

"Orang awam tidak lagi selamat berada di kawasan ini walaupun berlindung di pusat bawah tanah.

"Aleppo sedang musnah," kata seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Yassin Abu Raed.

Bandar Aleppo dihuni kira-kira 250,000 orang dan merupakan kawasan tumpuan pertempuran antara kumpulan penentang dan tentera Syria yang disokong Rusia.

Dalam kenyataan rasmi kerajaan, Kementerian Pertahanan mengarahkan penduduk Aleppo berpindah ke kawasan yang dikuasai tentera kerajaan.

Kementerian tersebut turut memberi jaminan bahawa tiada penahanan atau siasatan dibuat kepada mana-mana penduduk yang menuruti arahan tersebut.

Sementara itu, sumber tentera Syria melaporkan, operasi pengeboman tersebut merupakan persediaan sebelum serangan darat dilancarkan.

"Serangan darat bergantung kepada hasil serangan udara dan situasi terkini di Aleppo," jelas sumber itu.

Sejak perang saudara tercetus di Syria, lebih 400,000 penduduk Syria dilaporkan tebunuh manakala 11 juta penduduk lagi menjadi pelarian.

Tags / Kata Kunci: Syria , Aleppo

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan