Remaja Gergasi AS Semakin Membesar

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 11:47 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Usianya baru 19 tahun, tetapi layak mendapat gelaran 'remaja gergasi' kerana memiliki tubuh yang tingi dan besar berbanding orang dewasa normal.

Broc Brown dari Michigan, Amerika Syarikat (AS) pernah dinobatkan sebagai remaja tertinggi dunia bagi kategori bawah 18 tahun, memiliki ketinggian 2.3 meter dan semakin membesar pada kadar enam sentimeter setahun.

Jika kadar tumbesaran itu kekal, Brown mungkin boleh merampas gelaran lelaki tertinggi dunia yang kini dipegang oleh Sultan Kosen dari Turki yang berketinggian 2.9 meter.


Ibu Brown, Darci berkata, anak lelakinya itu mempunyai ketinggian 1.5 meter ketika memasuki tadika dan bertambah kepada 1.8 meter apabila bersekolah rendah.

"Ketinggian yang dimiliki oleh Brown merupakan penyakit genetik dan tiada cara untuk menghalangnya daripada membesar," katanya seperti dilaporkan portal The Telegraph.

Menurut pakar perubatan, Brown menghidap Sindrom Sotos atau dikenali sebagai serebrum gergasi yang berlaku hanya sekali dalam setiap 15,000 kelahiran.

Di sebalik keunikan yang dimiliki Brown, dia turut berdepan masalah kesihatan akibat tumbesaran yang dialaminya.

Malah ekonomi keluarganya juga terjejas kerana terpaksa membeli pakaian dan kasut yang ditempah khas untuk Brown.

Bagaimanapun Brown tetap bersikap positif dan mahu membantu mengurangkan kesulitan yang dialami oleh keluarganya.

"Saya berharap dapat bekerja di kedai sukan atau menjadi juruwang.

"Saya hanya mahu memiliki kerja sendiri untuk membantu keluarga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Remaja Gergasi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan