Rakaman CCTV Bongkar Kekejaman Ayah Tiri

Diterbitkan: Khamis, 22 September 2016 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

MEXICO CITY: Seorang lelaki di Mexico dihukum penjara selama 100 tahun selepas aksi kejam membunuh anak perempuan tirinya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah hotel.

Rakaman menyayat hati itu menunjukkan pembunuh terbabit, Jose David N., berulang kali melemparkan kanak-kanak perempuan itu di dalam kolam renang di sebuah hotel dekat bandar Morelia pada Ogos tahun lalu.

Mangsa yang berusia tiga tahun kelihatan terkapai-kapai di dalam air tetapi bapa tirinya langsung tidak berbuat apa-apa dan sekadar melihat aksi kejam tersebut.

Malah lebih menyedihkan, beberapa pengunjung hotel lain yang berada di kolam tersebut tidak membantu kanak-kanak malang terbabit.

Ibu mangsa, yang merupakan seorang jururawat, tidak menyedari anaknya sudah meninggal dunia akibat perbuatan pasangannya itu.

Malah wanita yang tidak dinamakan itu juga tidak mengetahui punca kematian anaknya sehinggalah dia melihat rakaman video berkenaan yang menunjukkan kekejaman suaminya.

Kejadian itu berlaku pada 12 Ogos 2015 dan mencetuskan kemarahan orang ramai apabila video berkenaan tersebar.

David cuba menafikan perbuatannya itu tetapi rakaman CCTV hotel berkenaan berjaya membongkar kejadian sebenar, sekali gus dijatuhi hukuman setimpal oleh pihak mahkamah pada Ogos lalu.


Tags / Kata Kunci: Bunuh Anak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan