Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 6:53 PM

Penunjuk perasaan bersemuka dengan polis antirusuhan bagi membantah tindakan polis menembak mati Keith Lamont Scott di Charlotte, North Carolina pada 20 September 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Tunjuk perasaan bagi membantah insiden seorang penduduk kulit hitam yang ditembak mati polis, bertukar ganas apabila kumpulan penunjuk perasaan dan polis antirusuhan bertempur di Charlotee, North Carolina pada Selasa.

Kekecohan itu tercetus apabila anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang bertindak melemparkan objek ke arah pasukan polis selain merosakkan kenderaan pihak berkuasa.

Selain itu, rakaman televisyen turut menunjukkan segelintir penunjuk perasaan cuba memecah masuk beberapa buah kedai tetapi kemudiaan melarikan diri ekoran ketibaan anggota polis.

Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan dan 12 anggota polis dilaporkan cedera dalam keganasan tersebut.

Terdahulu, polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam yang dikenali sebagai Keith Lamont Scott ketika mengadakan serbuan di sebuah pangsapuri kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan.

Lamont yang dikatakan sedang membaca buku dan menunggu anak lelakinya pulang dari sekolah, ditembak sebanyak empat das selepas pihak polis mendakwa mangsa sepucuk pistol.

Lelaki berusia 43 tahun itu disahkan bukan suspek dalam serbuan tersebut tetapi dipercayai menjadi mangsa kesilapan pihak polis.

Insiden tersebut berlaku ketika penduduk Amerika Syarikat dikejutkan dengan kematian seorang lelaki kulit hitam tidak bersenjata pada Jumaat lalu yang ditembak mati oleh seorang polis wanita.

Kejadian di Tulsa, Oklahoma itu juga turut mencetuskan tunjuk perasaan pada Selasa tetapi tiada sebarang kekecohan dilaporkan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Guardian, polis AS telah membunuh sekurang-kurangnya 193 lelaki berkulit hitam pada tahun ini berbanding 305 orang pada tahun lalu.



Tags / Kata Kunci: Tunjuk Perasaan , Amerika Syarikat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan