Budak Maut Jatuh Bangunan Gara-Gara Kunci Rumah Tertinggal

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Sepasang datuk dan nenek terpaksa hidup dengan penuh rasa menyesal sepanjang hidup mereka apabila menjadi punca kematian cucu sendiri yang meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat semata-mata mahu mengambil kunci rumah.

Dalam kejadian yang berlaku di Xuanhan dekat wilayah Sichuan, China pada 19 September lalu, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu disuruh oleh datuknya memanjat bangunan tersebut selepas menyedari kunci pintu tertinggal di dalam rumah.

Menurut laporan portal Mail Online, kanak-kanak itu diikat dengan tali sebelum diarahkan memanjat pangsapuri berkenaan untuk masuk ke rumah menerusi satu daripada tingkap kediaman.

Bagaimanapun apabila sampai di tingkat empat, tali tersebut tiba-tiba terputus, menyebabkan budak lelaki itu terjatuh dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Polis yang dikerah ke lokasi kejadian mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai satu kemalangan dan tiada tindakan diambil ke atas datuk dan nenek mangsa.

Kesemua identiti pihak yang terlibat dalam kejadian itu tidak didedahkan.

Berdasarkan maklumat penduduk setempat, ibu bapa mangsa sebelum ini pernah bercerai dan berkahwin semula pada tahun ini.

Kanak-kanak itu dijaga oleh pasangan datuk dan nenek tersebut kerana ibu bapanya bekerja di tempat lain.



Tags / Kata Kunci: Jatuh Bangunan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan