Wanita Cuba Halang Pesawat Berlepas Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seorang wanita di China sanggup mempertaruhkan nyawanya apabila sanggup berdiri di bawah sebuah pesawat sebagai tanda bantahan selepas dia dan suaminya terlewat tiba untuk menaiki penerbangan ke Shanghai.

Menurut portal People's Daily Online, kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 14 September lalu apabila pasangan suami isteri tersebut kelewatan untuk menaiki penerbangan Air China.

Jelas laporan itu, walaupun telah dimaklumkan mereka tidak dapat menaiki penerbangan CA 1519 yang menuju ke Shanghai, pasangan tersebut bertindak luar kawalan apabila merempuh staf keselamatan dan memasuki kawasan landasan.

Wanita terbabit bertindak berdiri di bawah pesawat itu dengan harapan penerbangan tersebut dibatalkan manakala suaminya cuba berunding dengan krew lapangan.

Bagaimanapun usaha pasangan itu tidak berjaya apabila mereka ditahan pihak polis selama lima hari untuk siasatan lanjut.

Tindakan mereka juga mengakibatkan penerbangan ke Shanghai itu tertangguh selama 20 minit.

Tags / Kata Kunci: Pesawat

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan