PBB Gantung Misi Kemanusiaan Di Syria

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 6:53 PM

SEBAHAGIAN bekalan bantuan yang dibawa trak misi kemanusiaan, musnah akibat serangan udara tentera Syria di pekan Orum al-Kubra pada 20 September 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

GENEVA: Penduduk Syria bakal berdepan krisis kemanusiaan yang serius selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung semua misi kemanusiaan di negara itu susulan serangan udara ke atas trak yang membawa bekalan makanan dan ubatan.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Jens Laerke berkata, serangan udara oleh tentera Syria ke atas konvoi misi kemanusiaan di Aleppo pada lewat Isnin mungkin boleh dikaitkan dengan jenayah perang.

Sekurang-kurangnya 12 orang pemandu trak terbunuh dalam serangan tersebut.

"Sebagai langkah keselamatan, semua pergerakan konvoi di Syria digantung sehingga arahan seterusnya dikeluarkan.

"Situasi keselamatan perlu dinilai semula walaupun misi kemanusiaan telah menerima kelulusan daripada kerajaan Syria untuk menghantar bantuan di kawasan yang terjejas teruk," katanya pada sidang media di Geneva, Selasa.

Sementara itu, Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Peter Maurer berkata, serangan terbabit memberi kesan buruk terhadap misi kemanusiaan yang sedang dilaksanakan di negara tersebut.

Konvoi kemanusiaan itu merupakan sebahagian rutin Pasukan Bulan Sabit Merah Arab Syria menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada penduduk di wilayah Aleppo.

Tragedi itu berlaku selepas kerajaan Syria mengisytiharkan gencatan senjata yang diusahakan Rusia dan Amerika sejak minggu lalu, berakhir susulan keganasan yang semakin meningkat antara tentera rejim dan kumpulan penentang. - AFP

Tags / Kata Kunci: PBB , Syria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan