Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Landasan Lapangan Terbang Manila

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Sebuah pesawat komersial dari Arab Saudi telah diasingkan sepenuhnya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini petang Selasa.

Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada 'di bawah ancaman' pada jarak 20 batu sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.

Miaa berkata pihaknya masih membuat pengesahan laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, sambil menambah ia telah diasingkan untuk protokol keselamatan.

Menurut Miaa, pihak berkuasa menjalankan prosedur operasi standard selaras dengan pelan kecemasan lapangan terbang.

Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan  Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan