'Amaran Palsu' Terhadap Pesawat Saudi Di Filipina

Diterbitkan: Selasa, 20 September 2016 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Amaran yang mendorong polis Filipina untuk mengasingkan pesawat penerbangan Saudi Arabian di lapangan terbang Manila pada Selasa adalah 'palsu', kata seorang jurucakap syarikat penerbangan.

Terdapat 'amaran palsu bahawa penerbangan 872 telah dirampas' kata jurucakap itu kepada AFP di Riyadh.

Terdahulu dilaporkan bahawa sebuah pesawat komersial dari Arab Saudi telah diasingkan sepenuhnya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini petang Selasa.

Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada 'di bawah ancaman' pada jarak 20 batu sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.

Menurut Miaa, pihak berkuasa menjalankan prosedur operasi standard selaras dengan pelan kecemasan lapangan terbang.

Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan  Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan