Kerajaan Indonesia Siasat Ford Tidak Bayar Cukai

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ford Motor Indonesia, yang menutup operasi di negara tersebut pada awal Januari tahun ini, kini sedang disiasat oleh Kementerian Kewangan Indonesia berikutan penemuan terbaru yang tidak kena dalam dalam laporan akhir Ford Motor berkenaan cukai mewah yang dibayar.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris The Jakarta Post, memetik jurucakap direktorat jenderal kementerian itu bagi kastam dan eksais Denny Surjantoro menyatakan berdasarkan penemuan tersebut, Ford Motor Indonesia hanya melaporkan cukai mewah dibayar bagi kereta model Everest varian 10 penumpangnya, walaupun syarikat tersebut juga mengimport varian tujuh penumpang model itu ke negara tersebut.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan walaupun pengeluar kereta Amerika tersebut telah menutup operasinya di negara itu.

Di bawah peraturan cukai barang mewah kerajaan 2006, kerajaan Indonesia mengenakan cukai 20 peratus ke atas kereta tujuh penumpang dan cukai 10 peratus ke atas kereta model jenis 10-15 penumpang.

Pada Januari, Ford mengumumkan ia akan menutup operasinya di Indonesia dan Jepun, memandangkan bahagian pasarannya yang kecil di kedua-dua negara itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan