RM6.1 Juta Untuk Resipi Ayam Sos Soya Di Warung Bintang Michelin

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 9:17 PM

Pemilik warung Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice & Noodle Chan Hon Meng sibuk menguruskan perniagaannya di Kompleks Makanan Chinatown, Singapura. -ST PHOTO:WONG KWAI CHOW

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Resipi di salah sebuah warung yang mendapat pengiktirafan oleh Michelin Singapura sedia untuk dijual pada harga sekurang-kurangnya $2 juta (RM6.1 juta), lapor Shin Min Daily News, Isnin.
 

Warung 'Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice & Noodle' diberikan bintang sulung oleh Singapore Michelin Guide sebagai hidangan paling murah di dunia yang mendapat bintang Michelin.


Beberapa syarikat di China, Taiwan dan Vietnam telah memburu pemilik dan chefnya, Chan Hon Meng.

Bagaimanapun, lelaki berusia 51 tahun itu kurang menunjukkan minat terhadap individu yang mendekatinya, yang tidak berada dalam industri makanan.

"Mereka kata mereka akan menyediakan kemudahan kewangan dan saya sendiri sebagai pakar, tetapi ia tidak begitu mudah. Mereka sanggup membuka kilang, tetapi bagaimana ia akan dijalankan?," katanya.

Kini, beliau sedang berunding dengan sebuah syarikat makanan dan minuman global yang berkembang pesat sejak kebelakangan ini, katanya.

Mereka mempunyai pengalaman yang berkaitan dan menawarkan syarat-syarat yang 'murah hati', termasuk pilihan saham, katanya kepada Shin Min.

"Tenaga kerja adalah masalah lama yang wujud di Singapura, jadi saya ingin menghabiskan masa mengkaji butiran dan menyelesaikan urusan 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak," katanya.


Beliau juga sedang mempertimbangkan tawaran itu kerana dirinya yang semakin tua dan tidak pasti berapa lama beliau mampu menguruskan warungnya di Kompleks Makanan Chinatown.

Premis dan resipi Kay Lee Roast Meat telah dijual pada harga $4 juta (RM12.1 juta) kepada Aztech Group pada tahun 2014.

Berdasarkan perjanjian itu, resipinya sahaja sudah bernilai sekurang-kurangnya $2 juta (RM6.1 juta), kata Chan.

Michelin Guide adalah panduan untuk para pelancong mengetahui tentang lokasi makan terbaik di dunia. Tempat makan dinilai dengan pemberian bintang Michelin.

Michelin tidak memberikan pengiktirafan berdasarkan pandangan pengunjung, sebaliknya melalui sistem Michelin yang memberikan bintang berdasarkan penilaian pasukan penilai yang datang ke setiap lokasi makan seperti pelanggan biasa. -– The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan