Australia Paksa Jualan 16 Hartanah Warga Asing

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 5:11 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia telah memaksa penjualan 16 hartanah yang sebelum ini dibeli oleh warga asing tanpa kebenaran kerajaan, kata Bendahari Scott Morrison pada hari Isnin, selepas melaksanakan penguatkuasan peraturan pelaburan luar negara yang jarang-jarang digunakan.


Pemilikan tanah asing telah menjadi isu sensitif di Australia dan persengketaan di antara Australia dan China apabila timbulnya perdebatan berhubung kesan pelaburan luar negara terhadap harga hartanah dan kepentingan negara.

Warga China telah terlibat dalam tujuh daripada 16 tawaran yang telah diperkenalkan semula sejak Mei.

"Pelaburan asing di Australia berlaku atas terma Australia," kata Morrison kepada pemberita pada sidang akhbar di Sydney.

Warga asing perlu mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Kajian Pelaburan Asing kerajaan sebelum membeli hartanah di Australia.

Sejak 2013, kerajaan telah memaksa penjualan 46 hartanah dengan nilai A$93 juta (AS$70 juta), kebanyakannya dipegang oleh kepentingan Cina.

Neville Sanders, Presiden Real Estate Institute of Australia, sebuah badan profesional ejen hartanah berkata, pembelian pelaburan asing jarang-jarang diteliti sehingga 2015.

Jualan baharu dibuat pada masa yang sama Morrison menyekat pembida Cina daripada membeli pegangan tanah ladang terbesar di negara ini dan pembida dari China dan Hong Kong juga telah disekat daripada membeli pengedar elektrik Ausgrid pada Ogos, mencetuskan tuduhan bahawa Australia menjadi negara pelindung.

"Kerajaan sedang cuba mewujudkan garis halus antara menjadikan Australia kondusif sebagai tempat untuk melabur, tetapi pada masa yang sama cuba untuk meredakan manifestasi populisme yang lebih ekstrem," kata Saintis Politik Universiti Monash, Nick Economou.

Pemimpin politik berhaluan kanan Pauline Hanson dalam satu ucapan kepada Parlimen minggu lalu berkata 'mana-mana pemilikan asing adalah dikesali' dan menjelaskan bahawa pemilikan tanah dan pelaburan China sebagai sesuatu yang 'tidak diingini'.

Daripada baki 16 hartanah yang dipaksa penjualannya, empat daripadanya dimiliki warga British, dua Kanada dan tiga lagi baki adalah milik rakyat Malaysia dan Papua New Guinea, demikian menurut senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan Australia.

Gabungan hartanah yang telah dijual bernilai A$14 juta (AS$10.5 juta), dengan sebahagian besar daripada hasil diperolehi daripada tujuh pemilik Cina. Penjual juga telah dikenakan denda kerana melanggar peraturan pembelian.

Harga rumah di metropolitan Sydney dan Melbourne berkembang pesat, dengan pertumbuhan tahunan melebihi 9 peratus di kedua-dua bandar.

"Ia benar-benar menyasarkan kepada pasaran Australia untuk menunjukkan bahawa mereka sedang melakukan sesuatu bagi menjadikan hartanah sebagai sesuatu yang mampu dimiliki oleh penduduk tempatan," kata Pengarah Urusan Christie's International Real Estate di Sydney, Ken Jacobs.
Tags / Kata Kunci: hartanah Australia , jual hartanah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan