54 Suspek Pengganas Ditahan Sepanjang Musim Haji

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 3:20 PM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya menahan 54 suspek pengganas sepanjang musim haji bermula 3 September sehingga 11 September lalu di beberapa lokasi utama di sekitar negara.

Menurut portal Saudi Gazette, suspek pengganas yang ditahan termasuk 30 rakyat tempatan, 13 rakyat Bahrain dan selebihnya tujuh suspek dari negara yang berbeza.

Seorang daripada suspek merupakan rakyat Brunei, sekali gus menjadi lelaki pertama dari Asia Tenggara yang akan didakwa atas kesalahan keganasan.

Menurut sumber keselamatan, identiti rakyat Brunei itu tidak dapat dikenalpasti, tetapi suspek ditahan di Riyadh tanpa memberi sebarang tentangan.

Jelas sumber itu, suspek turut disiasat sama ada terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan di Arab Saudi atau mempunyai hubungan dengan pertubuhan pengganas di negara ini.

Sementara itu, pegawai perancangan pasukan keselamatan di Mina, Kolonel Saad Al-Dosari berkata, kebimbangan keselamatan menyelubungi jemaah haji pada tahun ini terutamanya ancaman serangan pengganas.

Katanya, tahap keselamatan terpaksa ditingkatkan dan setiap anggota keselamatan ditempatkan di lokasi strategik bagi melakukan pemantauan.

"Pemantauan secara teliti yang dilakukan di pusat kawalan dan perintah di Mina tidak pernah terhenti dan sentiasa diteruskan," katanya.

Lebih 5,000 kamera dipasang di sekitar Mekah bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan sekeliling Masjidil Haram dengan keluasan kira-kira 10 kilometer persegi.

Tags / Kata Kunci: Haji

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan