China, Rusia Adakan Latihan Ketenteraan

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2016 4:50 PM

Gambar bertarikh 16 September 2016 yang disiarkan agensi berita Xinhua, menunjukkan kapal perang China, Huangshan (kiri) dan kapal anti kapal selam, Admiral Tributs menyertai latihan ketenteraan di wilayah Guangdong.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: China dan Rusia meneruskan latihan tentera laut secara bersama pada Sabtu, sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan selama lapan hari yang bermula sejak 12 September lalu.

Tentera laut kedua-dua negara mengadakan latihan pertahanan udara dan anti kapal selam di kawasan perairan dekat wilayah Guangdong, selatan China pada Sabtu.

Latihan tersebut diadakan ketika ketegangan isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan semakin memuncak melibatkan beberapa negara Asia termasuk Malaysia, Taiwan dan Filipina.

Pihak tentera China dalam kenyataannya berkata, latihan ketenteraan bersama Rusia bertujuan mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua negara dan tidak ditujukan terhadap mana-mana negara.

Dua negara itu yang merupakan antara kuasa besar dunia, sering berkongsi pandangan berhubung isu antarabangsa selain bersama-sama menentang pendirian Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Pada Julai lalu, Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) menolak tuntutan China terhadap beberapa kawasan di Laut China Selatan selepas Filipina mengemukakan kes tersebut.

Bagaimanapun Beijing menolak keputusan tersebut dan Rusia turut menyokong pendirian sekutunya.

Tags / Kata Kunci: China , Rusia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan