Anak Kucing Miliki "13 Nyawa"

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 11:09 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW: Detik-detik mendebarkan seekor anak kucing nyaris digilis kira-kira 13 kali, sempat dirakamkan di sebuah lebuh raya yang sibuk di Rusia baru-baru ini.

Berdasarkan rakaman video keselamatan itu, anak kucing berkenaan dilihat hanya mampu duduk di tengah-tengah lebuh raya Kaliningrad pada Khamis lalu ketika haiwan itu cuba menyeberangi jalan tersebut.

Secara keseluruhannya, kucing itu terkandas selama empat minit, tetapi rakaman selama 53 saat tersebut menunjukkan detik-detik cemas beberapa buah kenderaan nyaris melanggar haiwan itu.

Antara babak paling mencemaskan ketika beberapa buah kenderaan mengelak pada saat-saat akhir daripada menggilis kucing tersebut.

Namun anak kucing itu bernasib baik apabila seorang pemandu, dikenali sebagai Denis Degtyarev dari Primorsky sanggup memberhentikan kereta untuk menyelamatnya.

Menurut laporan portal Life.au yang memetik kenyataan Degtyarev, kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, tetapi kelihatan terkejut.

"Saya membawanya ke sekolah anak saya dan menyerahkan kepada kawan yang meminati kucing.

"Anak kucing itu kini mempunyai keluarga baharu dan berada dalam keadaan selamat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kucing

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan