Bekas Hamba Seks Militan Daesh Jadi Duta PBB

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Seorang wanita Iraq yang pernah menjadi hamba seks militan Daesh, dilantik sebagai Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat bagi memperjuangkan nasib mangsa sindiket penyeludupan manusia.

Nadia Murad Basee Taha (gambar) yang berusia 23 tahun, meminta keadilan ditegakkan bagi hamba seks kumpulan militan tersebut dan menggesa masyarakat antarabangsa melabelkan serangan Daesh ke atas puak Yazidi pada 2014 sebagai pembunuhan besar-besaran.

Nadia merupakan seorang daripada mangsa yang pernah menjadi hamba seks selepas diculik dari kampungnya, Kocho dekat pekan Sinjar, utara Iraq pada Ogos 2014.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke Mosul dan dirogol beramai-ramai selain dijual sebagai hamba seks beberapa kali.

"Saya diperlakukan dengan teruk oleh anggota militan Daesh dan ramai lagi wanita yang senasib seperti saya.

"Mungkin saya bernasib baik kerana berjaya melarikan diri sedangkan beribu-ribu mangsa masih ditahan untuk dijadikan pemuas nafsu militan itu," katanya.

Sebagai Duta Muhibah PBB, Nadia menggesa pembebasan kira-kira 3,200 wanita puak Yazidi yang masih ditahan sebagai hamba seks oleh militan Daesh dan mahu anggota kumpulan itu dihukum.

"Saya bimbang sekiranya Daesh dihapuskan, mereka tidak dikenakan sebarang tindakan.

"Kita tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku," katanya. - AFP

Tags / Kata Kunci: Daesh , PBB

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan