Kaunselor Dadah Dipenjara Lapan Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 3:40 PM

Gopal Mahey akan menjalani hukuman penjara Rabu depan.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang pakar psikoterapi yang bertanggungjawab memulihkan dan memberi kaunseling kepada penagih dadah selama lima tahun akhirnya turut 'terjerat' dengan dadah.

Gopal Mahey, 33, tidak hanya mengambil dadah, malah meminjamkan wang kepada seorang lelaki yang dikaunselingnya supaya mereka boleh menjual dadah bersama-sama.

Dia berfikir ia adalah satu 'peluang pelaburan' dan ia dilakukan ketika dia memberikan kaunseling kepada penagih dadah di penjara.

Dia ditahan selepas satu uncang dadahnya terjatuh ketika meninggalkan Penjara Changi pada Disember 2013.

Pada Khamis, dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun berserta tujuh sebatan, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengedar dan mengambil dadah.

Dalam alasan ringkas terhadap keputusannya, Hakim Daerah Mei Mesenas berkata: "Peranan kaunselor adalah kritikal, terutama mereka yang membantu penagih dadah...untuk membina semula kehidupan dan hubungan yang musnah. (Gopal) mempunyai niat itu yang patut dipuji."

"Bagaimanapun, mereka jelas digagalkan dengan sifat tamak dan umpan keuntungan yang datang dari tindakan pengedaran dadah," katanya.

Pada 2009, Gopal menyertai Pusat untuk Psikoterapi dan memperoleh kelulusan dalam kaunseling profesional. Pusat ini telah diberikan kontrak oleh Perkhidmatan Penjara Singapura untuk memberi kaunseling kepada mereka yang mempunyai masalah dadah.

Tags / Kata Kunci: dadah , pakar psikoterapi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan