Duta Britain, Diplomat Pertama Peluk Islam Dan Tunai Haji

Diterbitkan: Jumaat, 16 September 2016 11:18 AM

Simon Collis memakai ihram bersama isterinya, Huda Mujarkech di Makkah.

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Collis menjadi diplomat pertama memeluk Islam seterusnya menjadi antara 19,000 jemaah warga Britain yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Collis, 60, menerusi akaun Twitternya membuat pengakuan bahawa beliau sudah memeluk Islam dan membuat keputusan itu selepas 30 tahun berada dalam komuniti masyarakat Islam di sana.

Bapa kepada lima anak itu turut memuat naik sekeping gambar memakai ihram serba putih bersama isterinya, Huda Mujarkech di Makkah.

Collis yang berkahwin dengan wanita Syria itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Syria pada 2007 hingga 2012 ketika konflik hubungan diplomatik di antara negara itu dengan rejim Presiden Bashar al-Assad tercetus.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Duta di negara-negara Timur Tengah lain termasuk di Iraq dan Qatar selain menyandang jawatan sebagai diplomatik kanan di Emiriah Arab Bersatu, Yaman, India dan Tunisia.

Difahamkan Collis secara rasminya telah memeluk Islam pada 2011, sebelum beliau berkahwin dengan isterinya, Huda. Beliau secara tidak langsung menjadi anatara warga British berprofil tinggi yang memeluk Islam.

Sementara itu, akaun Twitter milik Collis dihujani ucapan tahniah daripada masyarkat Islam di seluruh dunia termasuk kerabat diraja Arab Saudi iaitu Puteri Basmah Saud.

Turut mengucapkan tahniah kepada Collis adalah Ketua Pegawai Eksekutif majlis Haji Britain, Rashid Mogradia.

“Kami berharap beliau dapat berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada kita semua,” kata Rashid.

Tags / Kata Kunci: Simon Collis , Britain

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan