Dua Kereta Api Bertembung, Enam Terbunuh

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 12:50 PM

ORANG ramai berkumpul di lokasi nahas kereta api berdekatan bandar Multan pada 15 September 2016. - REUTERS

(Ubah saiz teks)

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lebih 150 mangsa cedera apabila dua buah kereta api bertembung di wilayah tengah Pakistan, Punjab pada awal Khamis.

Menurut laporan media tempatan, insiden itu melibatkan kereta api penumpang, Awam Express dari bandar Karachi dan sebuah kereta api kargo yang berada di atas landasan tanpa mengikut jadual.

Empat gerabak kereta api penumpang turut terbalik akibat pertembungan itu yang berlaku kira-kira 25 kilometer dari bandar Multan.

ANGGOTA penyelamat terpaksa menggunakan jentera berat untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam gerabak susulan insiden pelanggaran dua buah kereta api dekat Multan pada 15 September 2016. - REUTERS

Kira-kira 10 mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Pegawai syarikat pengurusan perkhidmatan kereta api tempatan, Saima Bashir mengesahkan kejadian itu yang disyaki akibat kecuaian jurutera kereta api penumpang.

ORANG ramai melihat gerakan yang musnah ekoran pelanggaran dua buah kereta api dekat Multan pada 15 September 2016. - REUTERS

Tambahnya, kereta api kargo terpaksa dihentikan bagi membolehkan operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki yang digilis ketika cuba melintasi landasan.

"Tiga mangsa lagi yang terperangkap di dalam gerabak penumpang berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke Hospital Nishtar," katanya.

Punca sebenar kejadian masih lagi disiasat. - REUTERS





Tags / Kata Kunci: Nahas Kereta Api

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan