Putera Khalid: Islam Agama Keamanan - Berita Dunia | mStar

Putera Khalid: Islam Agama Keamanan

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

MINA: Pelaksanaan ibadah haji yang mengumpulkan lebih dua juta jemaah dari seluruh dunia di Mekah pada waktu yang sama, merupakan mesej jelas bahawa Islam merupakan agama keamanan dan tiada kaitan dengan keganasan.

Perkara itu disampaikan oleh Pemerintah Mekah, Putera Khalid Al-Faisal yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pusat Haji, di sini pada Rabu.

Portal Saudi Gazette yang memetik kenyataan beliau sebagai berkata, hanya kumpulan kecil orang Islam yang cuba mencemarkan imej agama Islam di dunia ini.

"Islam merupakan agama yang penuh kasih sayang, memupuk persaudaraan dan bertoleransi.

"Selain itu, agama Islam juga tidak boleh dikaitkan dengan sektor pelancongan," jawab beliau terhadap pertanyaan sama ada ibadah haji mempunyai kaitan dengan pelancongan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pihaknya merancang untuk membangunkan Mekah dan kawasan-kawasan suci lain, tetapi kajian masih dijalankan.

"Kajian awal telah dijalankan dan akan dibentangkan kepada Raja Salman pada awal tahun depan.

"Namun beberapa projek pembangunan yang telah mendapat kelulusan akan bermula pada tahun depan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Mekah , Islam , Haji
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan