CEO Dipenjara Kerana Lempang Pemandu Teksi

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 3:31 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang ketua pegawai eksekutif warga Jerman dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda $1,000 kerana bertindak menampar seorang pemandu teksi dan menendang kenderaannya selepas pemandu berkenaan enggan mengambilnya sebagai penumpang.

Jochen Thewes, 45, daripada DB Schenker Logistics (Asia Pasifik), sebelum ini telah membayar $2,950 sebagai pampasan kepada pemandu tersebut dan memohon maaf di mahkamah.

Dia juga membayar $250 untuk membaiki teksi yang rosak.

Thewes yang didenda $1,000 kerana menyebabkan kerosakan terhadap teksi, merayu terhadap sabitan dan hukuman atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan tindakan menampar.

Kira-kira pukul 3.50 pagi pada 24 September tahun lepas, pemandu teksi Malcolm Xu, 33, sedang berada di sebuah perhentian teksi di Tan Tye Place, Club Street, apabila dia enggan mengambil Thewes yang dilihat dalam keadaan mabuk.

Thewes kemudian berjalan ke bahagian pemandu dan menendang pintu kereta yang dikunci.

Apabila Xu membuka pintu untuk memeriksa kerosakan, Thewes menolaknya dan melempang pipi kirinya. Xu mengalami pendarahan hidung dan lebam-lebam serta dirawat di sebuah klinik swasta pada hari berikutnya.

Xu memberi keterangan di mahkamah bahawa dia berfikir bahawa Thewes sedang mabuk, membuatkan teksi terdahulu yang berada di perhentian teksi yang sama tidak mahu menjemputnya dan berlalu meninggalkan tempat itu.

Thewes yang nampak kecewa dan tidak berpuas hati  bertindak kasar apabila Xu menjelaskan dia tidak dapat mengambilnya kerana dia menuju ke arah timur untuk bertukar shif, bukan ke destinasi yang diminta oleh Thewes.

Timbalan Pendakwa Raya Stephanie Koh berhujah bahawa bukti Xu adalah konsisten dengan adanya rakaman video di kawasan itu.

Xu tidak 'membesar-besarkan atau mereka cerita' yang disokong oleh keterangan lain, katanya.

Hakim Daerah Salina Ishak yakin, dalam alasan penghakiman dikeluarkan, antara lain  berkata bahawa kamera litar tertutup menunjukkan Thewes berkelakuan seperti seorang yang mabuk dan sukar dikawal.

Beliau memutuskan bahawa Thewes tidak mempunyai kredibiliti di mahkamah ketika membela diri dengan semata-mata menyatakan bahawa dia terlalu mabuk untuk mengingati apa yang telah berlaku.

Terdahulu, Thewes, melalui peguamnya Selva K. Naidu, mengakui bahawa kelakuannya itu adalah memalukan dan berkata dia telah belajar daripada kesilapan.

Naidu berkata ini adalah satu insiden ringkas dan pampasan awal telah dibayar bagi kecederaan mangsa dan kerosakan kereta.

Hakim yang memutuskan Thewes bersalah, menunjukkan faktor yang wajar yang membawa kepada hukuman penjara dua minggu.

"Ini adalah kes serangan tanpa provokasi oleh seorang pesalah mabuk terhadap pekerja pengangkutan awam yang menjalankan tugasnya pada awal pagi," katanya. - The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan