Nyaris Maut Akibat Tunjuk Berani

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

HAWAII: Gara-gara mahu tunjuk berani, seorang lelaki California nyaris maut selepas melompat dari tempat tinggi di satu daripada air terjun tertinggi di Hawaii baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, lelaki berkenaan, Shiloh Shanan mengunjungi Air Terjun Wailua di Kauai dekat kepulauan tersebut bersama seorang rakannya.

Lelaki berusia 21 tahun itu mengakui melakukan aksi tersebut secara spontan apabila melompat pada ketinggian 55 meter dari dasar air terjun tersebut.

"Saya berada pada saat penting dalam hidup sama ada mahu melompat atau tidak.

'Tetapi selepas berjaya melompat, saya berasakan semuanya berubah dan tindakan itu adalah betul," katanya.

Bagaimanapun Shanan tidak boleh berbangga dengan aksi bahayanya itu kerana dia didapati pengsan sebaik sahaja terjun ke dalam air.

Aksinya itu dirakamkan oleh rakannya yang menunjukkan dua pelancong lain menyelamatkan Shanan daripada kelemasan.

Shanan berkata, dia jatuh pengsan sebaik sahaja mencecah air tetapi bersyukur diselamatkan oleh dua pelancong yang kebetulan berada di situ.

"Saya berterima kasih kepada mereka. Jika tidak, saya mungkin tidak akan selamat," katanya.



Tags / Kata Kunci: Hawaii , Air Terjun , Lompat

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan