AS Kerah Pesawat Pengebom Atasi Ancaman Pyongyang

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2016 2:24 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Korea selatan mengadakan latihan ketenteraan melibatkan dua buah pesawat pengebom berkelajuan tinggi pada Selasa, sebagai amaran kepada Korea Utara susulan tindakan Pyongyang mengadakan ujian nuklear kelima baru-baru ini.

Latihan itu diadakan di Pangkalan Udara Osan melibatkan dua pengebom B-1B Lancers yang diiringi kira-kira 10 buah pesawat tempur F-16 milik AS dan jet pejuang F-15 Korea Selatan.

Kesemua pesawat itu melakukan penerbangan rendah di kawasan pangkalan udara terbabit, dengan mesej mempamerkan kemampuan AS dan Korea Selatan memusnahkan kemudahan nuklear Pyongyang jika konflik tercetus antara kedua-dua pihak.

Latihan sedemikian merupakan yang ketiga dalam tempoh tiga bulan sebagai usaha Washington menunjukkan komitmen untuk melindungi sekutunya daripada sebarang ancaman termasuk serangan nuklear daripada Korea Utara.


Pada Jumaat lalu, Pyongyang melaporkan berjaya menjalankan ujian nuklear kelima dan terkuat, sekali gus mendakwa peluru berpandu jarak jauh kini boleh dilengkapi peledak berkuasa nuklear.

Tindakan Korea Utara itu dilihat sebagai ancaman terhadap pangkalan tentera AS di Korea Selatan, Jepun dan Guam.

Komander AS di Korea Selatan, Jeneral Vincent K. Brooks berkata, ujian nuklear Pyongyang merupakan ancaman yang serius dan tidak boleh diterima.

"Latihan pada hari ini (Selasa) menunjukkan keupayaan tentera AS dan pakatan yang kuat antara sekutu Washington bagi menangani ancaman musuh," katanya.

Bagaimanapun, Pyongyang dalam kenyataannya pada Rabu mengecam latihan itu sebagai cubaan melancarkan serangan awal dan meminta kedua-dua sekutu tersebut tidak bertindak sebarangan.

Tags / Kata Kunci: Korea , Nuklear

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan