Kamus Oxford Tambah 11 Perkataan Harian Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 9:20 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Selain 'Char Kway Teow', 'Chicken Rice'; 'Rendang' juga adalah antara 500 perkataan, ungkapan dan deria yang diiktiraf oleh kamus, Oxford English Dictionary (OED) dalam kemaskini Septembernya.

Terdapat lapan lagi perkataan yang diiktiraf oleh kamus berusia 150 tahun itu, iaitu 'Aiyah', 'Aiyoh', 'Ang Pow, 'Atas', 'Balut', 'Bodoh', 'Kopitiam', dan 'Mamak'.

Semua 11 perkataan itu digunakan secara meluas dan mudah difahami oleh kebanyakan daripada lebih 29 juta penduduk multi-etnik di Malaysia.

'Bodoh' yang bererti 'sukar mengerti' oleh Edisi Keempat Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak disangka diiktiraf oleh OED dan ia dirujuk sebagai kata sifat atau nama.

Dianggap secara meluas sebagai autoriti mengenai bahasa Inggeris, kamus itu dikemaskini setiap tiga bulan, kemaskini seterusnya pada Disember 2016.

OED merupakan panduan tanpa tandingan dari segi menyediakan makna, sejarah, dan sebutan bunyi 600,000 perkataan masa lepas dan kini - dari dunia berbahasa Inggeris.

Sebagai sebuah kamus bersejarah, OED amat berbeza dari Kamus-kamus Inggeris masa kini, yang memberi fokus kepada makna semasa.

Edisi Pertama kamus itu (1884-1928) diterbitkan dalam 10 dan kemudian - selepas penyelarasan kandungannya - dalam 12 naskah. 
Ketika ini kamus itu melalui semakan dan kemaskini menyeluruh buat kali pertama.

Kira-kira 70 editor, kebanyakannya di Oxford dan New York, menyemak setiap perkataan secara bergilir, meneliti makna dan sejarahnya, mengambil perhatian terhadap makna yang telah berubah - atau terhadap definisi lama yang tidak lagi memadai - dengan itu menyusun semula entri berikutan maklumat paling terkini.

Tags / Kata Kunci: Kamus Oxford , OED , perkataan harian

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan