Dua Lagi Syarikat Penerbangan Indonesia Larang Telefon Bimbit Samsung Galaxy

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 6:27 PM

Citilink Indonesia, anak syarikat Garuda Indonesia dan syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air, mengumumkan larangan penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dua lagi syarikat penerbangan Indonesia telah mengikuti jejak langkah Garuda Indonesia dalam melarang penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang murah, Citilink Indonesia iaitu anak syarikat Garuda Indonesia dan sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air, mengumumkan larangan tersebut hari ini, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post.

Gergasi teknologi, Samsung Electronics Co. Ltd., menggantung penjualan telefon pintar terbaru keluarannya minggu lepas selepas menerima banyak laporan bahawa telefon itu meletup.

Jakarta Post memetik seorang jurucakap Lion Air sebagai berkata syarikat itu akan menunggu perkembangan terbaru daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat sebelum mengambil tindakan susulan.

Ahad lepas, Garuda Indonesia mengumumkan larangan penggunaan telefon pintar berkenaan dengan naib presiden komunikasi korporat syarikat itu, Benny S.
Butarbutar berkata ia adalah susulan amaran keselamatan yang dikeluarkan oleh FAA, Khamis lepas.

"Garuda Indonesia memberi amaran supaya semua penumpang tidak mengaktifkan telefon pintar berkenaan di dalam penerbangan, malah dalam mod kapal terbang atau tidak menghidupkan, mengecasnya atau simpan di dalam bagasi," kata Benny dalam kenyataan media, Ahad lepas.

Beliau berkata amaran bertulis itu dipaparkan di semua kaunter pendaftaran masuk di semua lapangan terbang yang digunakan oleh syarikat itu.

Minggu lepas, FAA mengeluarkan amaran keselamatan itu selepas Samsung menarik balik telefon pintar siri terbaru keluarannya ekoran masalah bateri dan kemungkinan terbakar atau meletup.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan