David Cameron Letak Jawatan Ahli Parlimen

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2016 12:04 AM

David Cameron. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen berkuat kuasa serta-merta.

Pengumuman yang dibuat pada Isnin itu menyaksikan beliau mengakhiri karier politiknya.

Cameron berkata, beliau tidak mahu menjadi 'gangguan' kepada Perdana Menteri Britain yang baharu, Theresa May dan akan mencetuskan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Witney yang disandangnya.

Mula berkhidmat sebagai perdana menteri Britain pada 2010, Cameron memberitahu May bahawa beliau mahu memberi laluan kepada seseorang yang boleh memberi tumpuan kepada kawasan di tengah England itu.

"Saya telah berfikir panjang mengenai perkara ini sepanjang musim panas, dan saya membuat keputusan yang betul dengan mengundurkan diri sebagai anggota parlimen untuk Witney," katanya kepada BBC TV.

"Bagi pandangan saya berdasarkan politik moden, dengan keadaan perletakan jawatan saya, ia adalah tidak mungkin untuk menjadi ahli Parlimen (yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan) kerana merupakan bekas perdana menteri.

"Saya fikir semua yang anda lakukan akan menjadi gangguan besar dan pengalihan perhatian yang besar daripada apa kerajaan perlu lakukan buat negara kita," ujar Cameron.

Bekas perdana menteri yang berusia 49 tahun itu mengundurkan diri sebagai pemimpin Britain pada Jun lalu, sejurus selepas 52 peratus rakyatnya mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit.

Cameron sebelum ini memberitahu bahawa beliau akan terus berkhidmat sehingga pilihan raya yang seterusnya, dijangka pada 2020.


Tags / Kata Kunci: David Cameron

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan