115 Peserta Maraton Di Gifu Disengat Tebuan

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 3:11 PM

Tebuan dari sarang di jambatan Sankei Shimbun menyebabkan lebih 100 peserta maraton disengat serangga itu.

(Ubah saiz teks)

GIFU: Lebih 110 peserta larian maraton di Hida, di Gifu Prefecture bertempiaran lari apabila disengat tebuan pada pagi Ahad.

Pelari lelaki dan wanita yang disengat tebuan itu berusia antara 20 hingga 60 tahun.

Daripada jumlah itu, lapan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut, manakala selebihnya diberi rawatan di lokasi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila pelari tiba di jambatan Sankei Shimbun, iaitu separuh daripada jarak maraton berkenaan.

Menurut polis, peserta maraton yang berlari menyebabkan berlaku ketaran dan ia mengganggu tebuan dalam sarang yang ada dibawah jambatan itu.

"Kira-kira 1,500 peserta mengambil bahagian dalam maraton itu dan mereka yang disengat tebuan itu adalah antara 697 peserta separa maraton.

Tags / Kata Kunci: maraton , Gifu , tebuan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan