Filipina Beri Lampu Hijau Laksana Hukuman Mati

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 4:14 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kerajaan Indonesia diberi lampu hijau oleh Manila untuk melaksanakan hukuman mati atas wanita Filipina, Mary Jane Veloso berhubung kesalahan menyeludup dadah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi selepas beliau mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini.

"Saya menjelaskan kepada Duterte tentang situasi Mary Jane yang didapati bersalah membawa 2.6 kilogram dadah jenis heroin.

"Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa hukuman mati ke atas pesalah itu ditanggguhkan disebabkan lawatan ini.

"Beliau memberi kebenaran untuk meneruskan hukuman ke atas Mary Jane," katanya seperti dilaporkan portal Jakarta Post pada Isnin.

Wanita terbabit ditahan di Lapangan Terbang Adisucipto di Yogyakarta pada April 2010 dan dijatuhi hukuman mati oleh kerajaan Indonesia atas kesalahan tersebut.

Namun Mary Jane dikecualikan daripada senarai pesalah yang dihukum pada April lalu atas faktor perundangan.

Tags / Kata Kunci: Indonesia , Filipina

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan