Clinton Dikesan Hidap Radang Paru-Paru

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 1:47 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Calon Parti Demokratik, Hillary Clinton terpaksa menangguhkan kempen untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas menerima rawatan akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Menurut kenyataan doktor peribadi Clinton, Lisa Bardack, beliau disahkan menghidap penyakit tersebut pada Jumaat lalu dan telah diberi antibiotik.

Bagaimanapun katanya, calon berusia 68 tahun itu hampir jatuh pengsan sejurus menghadiri majlis peringatan serangan 11 September di New York pada Ahad akibat dehidrasi, tetapi keadaannya semakin pulih selepas menerima rawatan.

Hillary Clinton

Video insiden itu sempat dirakamkan dan tersebar, menunjukkan Clinton terpaksa dipapah oleh beberapa pembantunya menaiki van sebelum meninggalkan majlis.

"Clinton mengalami batuk yang teruk akibat alahan dan hasil pemeriksaan menunjukkan beliau menghidap pneumonia.

"Beliau telah diberikan antibiotik dan dinasihatkan agar berehat secukupnya," kata Bardack.

Susulan kejadian itu, Clinton membatalkan kempen selama dua hari di California yang sepatutnya bermula pada Isnin dan Selasa.

Sementara itu, pesaing Clinton, Donald Trump dari Parti Republikan sekali lagi mempersoalkan tahap kesihatan pemimpin wanita terbabit untuk berkhidmat sebagai Presiden dan mengetuai usaha memerangi pengganas Daesh. - REUTERS

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan