Pengawal Penjara Cemas Diserang Banduan

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 1:15 PM

(Ubah saiz teks)

BRASILIA: Seorang pengawal wanita di sebuah penjara di Brazil mengalami detik-detik mencemaskan apabila diserang secara mengejut oleh beberapa banduan lelaki.

Insiden itu yang dirakamkan menerusi video keselamatan dan disiarkan oleh laman perkongsian video LiveLeak, menunjukkan pengawal berambut perang itu pada mulanya sedang menyusun pinggan di depan lokap yang dihuni empat orang banduan.

Ketika wanita itu sedang tunduk untuk mengeluarkan pinggan daripada sebuah kotak, seorang daripada banduan bertindak menarik rambutnya.

Seorang lagi rakan banduan itu kemudiannya cuba memegang pengawal tersebut sebelum melarikan diri ke bahagian belakang lokap.

Pengawal itu bernasib baik apabila seorang rakan setugasnya memberi bantuan dengan mengacukan pistol ke arah banduan terbabit untuk berundur.

Mangsa yang berasa marah dengan kejadian itu turut mengeluarkan pistol, tetapi kemudiannya beredar.

Tarikh sebenar kejadian tidak diketahui tetapi dipercayai berlaku pada tahun ini di sebuah penjara di Brazil.

Tags / Kata Kunci: Brazil , Penjara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan