Zika: Singapura Catat 11 Kes Terbaharu

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2016 12:51 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Sejumlah 11 kes jangkitan terbaharu Zika dilaporkan di Singapura sehingga Ahad menjadikan keseluruhannya 329 kes di republik itu.

Daripada jumlah terbaru itu, satu daripadanya dikaitkan dengan kluster Elite Terrace, manakala yang lain tiada kaitkan dengan mana-mana tujuh kluster sedia ada, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam kenyataan bersama. 

Pihak berkuasa mengesahkan lapan wanita hamil disahkan dijangkiti virus itu setakat ini.

Doktor yang merawat mereka sentiasa membuat pemeriksaan susulan selain memberikan bantuan kaunseling dan sokongan. 

Kes pertama jangkitan tempatan virus Zika di Singapura dilaporkan dua minggu lalu pada 21 Ogos. 

Sebanyak tujuh kluster dikenal pasti setakat ini, dan operasi kawalan vektor masih diteruskan di kawasan-kawasan kluster berkenaan, kata MOH dan NEA. 

Sehingga 10 September, sebanyak 202 habitat pembiakan, 121 dari rumah dan 81 dari kawasan umum dikesan dan dimusnahkan.

MOH dan NEA berkata ia akan menyediakan maklumat terkini di laman web NEA bermula Isnin, menggantikan sesi kenyataan media harian.

Orang ramai boleh merujuk ke laman web berkenaan untuk maklumat terkini mengenai jumlah kes Zika yang dilaporkan. - Agensi

Tags / Kata Kunci: Zika , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan