Bapa Pilih Nama Bintang Bola Sepak Untuk 13 Anak

Diterbitkan: Ahad, 11 September 2016 10:20 AM

(Ubah saiz teks)

BRASILIA: Hasrat sepasang suami isteri di Brazil untuk memiliki anak perempuan masih tidak kesampaian sejak berusaha hampir 20 tahun, sebaliknya mampu menubuhkan sepasukan bola sepak apabila dikurniakan seramai 13 anak lelaki.

Lebih mengagumkan, kesemua anak pasangan Irineu Cruz, 40, dan isterinya, Jucicleide dinamakan mengikut nama pemain bola sepak di benua Amerika Selatan dengan bermula huruf "R".

Usia kesemua anak mereka antara satu bulan sehingga 18 tahun, dan pasangan terbabit mengakui mereka masih enggan mengalah untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

Mengulas tentang nama yang diberikan pada anak mereka, Cruz berkata, dia menentukan nama setiap anak lelaki manakala isterinya akan memberi nama kepada anak perempuan.

Malah katanya, sebagai peminat fanatik bola sepak, sudah tentu dia akan mengambil nama pemain bola sepak yang hebat untuk diberikan pada anaknya.

Dia juga berharap sekurang-kurangnya seorang daripada anaknya akan bermain untuk pasukan bola sepak Brazil.

"Saya sentiasa meminati pemain hebat seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Robinho.

"Semua pemain yang hebat mempunyai nama yang bermula dengan huruf R dan sebab itu saya memilih nama pemain di benua ini untuk diberikan kepada anak lelaki saya," katanya.

Anak lelakinya yang baru berusia sebulan diberikan nama sempena legenda Brazil, Ronaldo.

Ronaldo kecil itu mengikuti jejak abang-abangnya iaitu Robson, 18; Reinan, 17; Rauan, 15; Rubens,14; Rivaldo, 13; Ruan, 12; Ramon, 10; Rincon, 9; Riquelme, 7; Ramires, 5; Railson, 3; dan Rafael berusia dua tahun.

Menurut pakar populasi, pasangan yang mampu memiliki 13 anak lelaki secara berturut-turut hanya berlaku dalam satu daripada 8,000 pasangan.



Tags / Kata Kunci: Bola Sepak , Brazil

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan