Lebih 1.3 Juta Jemaah Banjiri Makkah

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

MAKKAH: Menjelang hari wukuf pada Ahad, seramai 1,323,520 jemaah telah direkodkan tiba dari pelbagai negara untuk menunaikan haji tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pasport, Mejar Jeneral Solaiman Al-Yahya berkata, bilangan itu melibatkan jemaah yang datang menggunakan tiga jalan masuk iaitu udara, laut dan juga darat.

"Seramai 1,245,203 jemaah tiba melalui udara di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan Prince Muhammad Bin Abdul Aziz di Madinah, sementara 65,594 lagi melalui darat dari negara jiran.

"Jemaah selebihnya pula datang melalui laut di pelbagai pelabuhan terutama Pelabuhan Islam Jeddah," katanya.

Bagaimanapun, seramai 216 jemaah dari luar negara yang melanggar peraturan haji, termasuk melakukan kesalahan memalsukan 52 pasport telah dihantar pulang ke negara masing-masing.

Mengikut arahan Putera Mahkota Muhammad Bin Naif selaku timbalan perdana menteri, menteri dalam negeri dan pengerusi jawatankuasa Tertinggi Haji, mana-mana jemaah haji luar dengan permit yang sah tetapi tiba lewat atas sebab-sebab tertentu seperti kelewatan penerbangan akan diterima dan terus dihantar ke Makkah.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Haji di Makkah, Hashim Al-Falih berkata, 189,000 orang yang cuba memasuki Makkah dan tempat suci dihantar pulang sejak permulaan musim haji sehingga Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Makkah , haji , wukuf

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan