Duterte Akui Tak Niat Hina Obama - Berita Dunia | mStar

Duterte Akui Tak Niat Hina Obama

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 11:59 AM

Presiden Indonesia, Joko Widodo mengiringi Duterte sebaik tiba di Istana Presiden sempena lawatan rasmi pertamanya ke negara itu, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjelaskan kenyataan kesat yang dikeluarkannya sebelum ini bukan untuk menghina Barack Obama, sebaliknya ditujukan kepada pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dinyatakan Duterte apabila ditanya mengenainya ketika melakukan lawatan rasmi ke Indonesia pada Jumaat.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan jabatan berkenaan yang menyentuh mengenai kemungkinan hak asasi manusia dicabuli di Filipina.

“Saya sangat marah dengan ancaman mengenai isu hak asasi manusia. Ini salah orang gila di Jabatan Negara AS,” tegasnya.

Isu ini timbul susulan kempen memerangi dadah Duterte yang sehingga kini menyebabkan hampir 3,000 maut dalam tempoh dua bulan.

Malahan, kata Duterte, dia juga sudah menjelaskan perkara itu kepada Presiden AS itu ketika mereka bertemu.

Duterte mencetuskan kontroversi menjelang sidang kemuncak Asean minggu ini apabila mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Obama hingga menyebabkan pemimpin AS itu membatalkan pertemuan mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu berjumpa sebentar di Laos dan Duterte sempat melahirkan kekesalannya.

 

Tags / Kata Kunci: Rodrigo Duterte , Barack Obama , AS , Laos , Jakarta
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan