Puluhan Pelancong Terkandas Di Banjaran Alps

Diterbitkan: Jumaat, 9 September 2016 9:48 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Berpuluh-puluh pelancong terpaksa bermalam di dalam kereta kabel akibat terkandas pada ketinggian 3,800 meter di atas banjaran Alps di Perancis selepas perkhidmatan itu masalah teknikal pada petang Khamis.

Ketua wilayah Haute-Savoie, Georges-Francois Leclerc berkata, pada awalnya, seramai 110 orang terperangkap di dalam 36 buah kereta kabel tetapi 65 mangsa berjaya diselamatkan menggunakan helikopter.


Bagaimanapun usaha mengeluarkan baki 45 pelancong terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca gelap dan akan bersambung semula pada awal pagi Jumaat.

"Kumpulan pertama mangsa diselamatkan dalam tempoh sejam setengah walaupun kami berdepan banyak kesukaran," katanya seperti dilaporkan BBC.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.


Pasukan penyelamat dari Itali dan Switzerland turut terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan menggunakan tiga buah helikopter.

Perkhidmatan kereta kabel itu menjadi pilihan pelancong untuk melihat pemandangan menarik Gunung Blanc yang terletak di selatan Perancis.


Tags / Kata Kunci: Alps , Terkandas

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan